Program Pasar Bebas Plastik Sekali Guna
Pengenalan Projek
Institut Sultan Iskandar telah dipilih sebagai penerima Geran Yayasan Hasanah 2022 dalam menjayakan Program Pasar Bebas Plastik Sekali Guna. Projek rintis ini telah dijalankan di Pasar Awam Taman Universiti Skudai Johor dan melibatkan 20 premis perniagaan yang menjayakan Kempen Pasar Bebas Plastik Sekali Guna mulai bulan 1 Mac 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Program ini menyasarkan 3 objektif utama untuk dicapai sehingga akhir program dengan mengadakan pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kempen berlangsung.
Program ini juga telah mendapat sokongan penuh dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Objektif Utama Program
Objektif Pertama
Mendapatkan gambaran keseluruhan tahap
kesedaran dan tabiat tingkah laku semasa
pihak berkepentingan pasaran tempatan
penjual dan pelanggan) terhadap penggunaan plastik dan pengurusan sisa plastik.
Objektif Kedua
Mendidik dan meningkatkan kesedaran
tentang penggunaan plastik sekali guna dan
sisa plastik untuk pihak berkepentingan
pasaran tempatan (penjual dan pelanggan).
Objektif Ketiga
Melaksanakan strategi intervensi bagi
pengurangan penggunaan plastik dan sisa
plastik dalam persekitaran pasaran tempatan
Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Program
Soal Selidik dan Temu Bual
13-16 April 2023
Seramai 14 orang enumerator telah menjalankan tugas mengedar soal selidik dan menemubual responden yang terdiri daripada peniaga dan pengunjung pasar
Program Kesedaran bersama Peniaga Pasar
29 Mei 2023
Program Kesedaran Pasar Bebas Plastik bersama para peniaga Pasar Awam Taman Universiti pada 29 Mei 2023 bertempat di Dewan Raya Taman Universiti. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan beg plastik sekali guna terhadap alam sekitar dan kesihatan serta demonstrasi alternatif pembungkusan yang lebih efektif dan lestari yang boleh digunakan peniaga dan pengunjung pasar awam.
Kempen Pasar Bebas Plastik Sekali Guna
Mulai minggu pertama Julai 2023, reruai kempen Pasar Bebas Plastik telah beroperasi di pasar dengan edaran beg kitar semula dan pameran bertujuan memberi kesedaran kepada pengunjung dalam mengurangkan penggunaan plastik ketika berbelanja di pasar.
Hari bersama Peniaga Pasar
16 Oktober 2023
Hari bersama peniaga diadakan bertujuan mendapatkan pandangan dan maklumbalas peniaga terhadap kempen yang berjalan sepanjang Sabtu mulai bulan Julai 2023.
Karnival Mini Pasar Bebas Plastik
14 Januari 2024
Karnival selama sehari diadakan sebagai penutup kempen pasar bebas plastik sekali guna bagi meraihkan peniaga dan pengunjung pasar.