Pengenalan program

Program Asas Pembangunan Mampan dalam Pengurusan Tanah (Sustainable Development Foundations in Land Management Program) ini direka khas untuk memperkenalkan asas-asas Pembangunan Mampan (Sustainable Development) kepada petugas-petugas awam, khususnya mereka yang berkhidmat dalam sektor pengurusan tanah dan sektor guna tanah dalam negara. Program ini mensasarkan pemerkasaan keupayaan petugas-petugas awam terutama sekali petugas di bahagian lapangan dan operasi agar kualiti pengendalian dan pengurusan tanah dapat ditingkatkan melalui gerak kerja asas Pembangunan Mampan.

 

Matlamat

  • Memahami konsep-konsep asas pembangunan mampan
  • Mengenalpasti impak melalui perspektif Pembangunan Mampan
  • Mengaplikasikan asas pembangunan mampan dalam tugas hakiki
  • Mengaplikasikan asas pembangunan mampan dalam gerakerja operasi.

Manfaat Program

  • Mempelajari dan mendalami konsep-konsep asas Pembangunan Mampan bagi memperbaiki pendekatan pengendalian pengurusan tanah.
  • Membina keupayaan menganalisa impak melalui perspektif Pembangunan Mampan dalam pengendalian pengurusan tanah.
  • Mengaplikasikan asas-asas Pembangunan Mampan dalam kemahiran penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan.
  • Mengaplikasikan rangka kerja Pembangunan Mampan dalam memperbaiki kualiti gerakerja operasi dan pengurusan.
Pendahuluan oleh

Pendahuluan oleh

Ts. Gs. Dr. Robiah Suratman

 

  • Timbalan Pengarah III, ISI
  • Pensyarah Kanan, Jabatan Harta Tanah Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah, Fakulti Alam Bina    dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
Penceramah

Penceramah

Nadia Zaifulizan

 

  • Eksekutif Pembangunan Penyelidikan, ISI
  • Sustainability Practitioner bertauliah (ICSP)
  • GRI Sustainability Professional bertauliah (GRI)

Modul Program

Z

Modul 1

Mengenali Pembangunan Mampan

  • Asas-asas pembangunan mampan (Sustainable Land Foundation)
Z

Modul 2

Sudut Pandang Pembangunan Mampan

  • Perspektif Pembangunan Mampan dalam Pengurusan Tanah (Sustainable Development Perspectives in Land Management)
Z

Modul 3

Pengurusan dan Pengoperasian Mampan

  • Aplikasi pembangunan Mampan dalam Operasi dan Pengurusan Tanah (Application of Sustainable Development in Land Management)
Z

Modul 4

Eksplorasi Pembangunan Mampan

  • Evaluasi Aspek Kemampanan (Evaluotion of Sustainability Aspects)

Maklumat Kursus

Hari : Rabu
Tarikh: 18 Mei 2022
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Pulai Spring Resort, Johor

Maklumat Pembayaran

Bayar Kepada: Institut Sultan Iskandar
Nama Bank : CIMB Bank Berhad
Cawangan : UTM Skudai

Alamat: Bangunan Hal Ehwal Pelajar, Universiti
Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor.
Account No : 80-0605659-9
SWIFT Code : CIBBMYKL

Yuran Pendaftaran

RM600 / peserta

  • Modul bagi setiap sesi
  • Sijil penyertaan
  • Cenderahati penyertaan
  • Makanan dan minuman disediakan

Pertanyaan dan Pendaftaran

Whatsapp :
07-5584286
E-mail:
isijb.utm@gmail.com