
MAKLUMAN
Program ini ditunda ke tarikh lain dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
PENGENALAN PROGRAM
Program ini dibangunkan bagi memberi peluang kepada individu yang ingin meningkatkan kapasiti pengetahuan tentang asas pembangunan mampan dan pengamalan kemampanan.
Sebanyak empat (4) buah modul digarap mempunyai objektif untuk meningkatan kesedaran peserta tentang impak yang boleh dicetuskan oleh sesebuah organisasi atau perniagaan terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Peserta juga akan dibawa untuk mengenali rangka kerja kemampanan seperti SDG, ESG dan standard pelaporan kemampanan, seperti GRI.
Tarikh Kursus
12 Jun 2025, 9 pagi – 4.00 petang
Sasaran peserta
Profesional, Eksekutif, Pegawai Pengurusan, Graduan & Individu dari mana-mana bidang yang ingin meningkatkan kapasiti, dan berminat untuk mengamalkan kemampanan dari peringkat individu, operasi dan korporat.
MODUL PEMBELAJARAN
Modul 1: Mengenali Pembangunan Mampan
Pengenalan kepada ‘pembangunan mampan’, tunggak utamanya, dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Economy Social Governance (ESG), dan ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) dan keterkaitan dengan pembangunan mampan
Modul 2: Tanggungjawab Perniagaan Terhadap Alam Sekitar
Menyelusuri impak perniagaan terhadap alam sekitar, mitigasi dan pengamalan perniagaan yang mampan menerusi pengurusan rantaian nilai (value chain).
Modul 3: Mengurus Pemegang Taruh & Impak Sosialan
Mengenalpasti pelbagai jenis pemegang taruh dalam Perniagaan anda, dan bagaimana menguruskan perlindungan hak-hak pemegang taruh serta mewujudkan penglibatan.
Modul 4: Kepentingan & Rangka Kerja Kemampanan untuk Organisasi
Mengekplorasi apa yang memandu perniagaan untuk mengamalkan kemampanan dalam operasi dan rangkakerja kemampanan sedia ada untuk pelaporan kemampanan bagi tujuan menyelaras strategi dan pengurusan, serta penilaian pencapaian kemampanan.
BARISAN PENCERAMAH

Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani
Penceramah 1
- Timbalan Pengarah II, Institut Sultan Iskandar
- GRI Certified Sustainability Professional

Dr Shazwin binti Mat Taib
Penceramah 2
- Pensyarah Kanan, Fakulti Kecerdasan Buatan, Universiti Teknologi Malaysia

Prof. Madya Dr Zuraidah Sulaiman
Penceramah 3
- Certified Profesional Marketer
- Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia

Dr John Loh
Penceramah 4
- Sustainability & Digital Technologist | Co-founder Emerging ERC | National Council, SAMESTA Malaysia
TENTATIF PROGRAM
Sesi Pembentangan Modul
8.45 pagi: Peserta dibenarkan memasuki ruang ZOOM
9.00 pagi: Program dimulakan
9.15 pagi: Sesi fotografi
9.20 pagi: Modul 1
10.20 pagi: Sesi Soal Jawab Modul 1
10.30 pagi: Modul 2
11.30 pagi: Sesi Soal Jawab Modul 2
11.40 pagi: Rehat
11.45 pagi: Modul 3
12.45 pagi: Sesi Soal Jawab Modul 3
1.00 tengahari: Rehat
1.45 petang: Modul 4
2.45 petang: Sesi Soal Jawab Modul 4
2.50 petang: Pembentangan Modul Selesai
Sesi Ujian Kefahaman
3.00 petang: Sesi Ujian Kefahaman
4.00 petang: Ujian Selesai