Webinar Series

Siri Webinar 1
24 Oktober 2023, 10 pagi – 11.30 pagi
7hb November 2023, 9.30 -11.00 pagi
Atas talian: ZOOM
Impak Pertanian terhadap Alam Sekitar, Ekonomi & Sosial
Penceramah: Dr Muhamad Safwan Ishak
Pertanian melibatkan usaha dan kemahiran mengusahakan tanah, memelihara tanaman dan haiwan ternakan. Seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), pembangunan dalam sektor pertanian sangat efektif untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin berbanding sektor lain dan menyediakan sekuriti makanan – SDG 1 (Tiada Kemiskinan) dan SDG 2 (Kelaparan Sifar).
Namun, sistem pertanian kini masih memberi risiko kepada kesihatan manusia dan alam sekitar dengan penghasilan sisa dan pencemaran yang tidak terkawal.
Apa yang akan dikupas dalam webinar ini?
• Terokai apa itu pertanian dan cabang-cabang dalam bidang pertanian;
• Kenal pasti impak aktiviti pertanian kepada manusia, ekonomi dan alam sekitar;
• Selami isu-isu alam sekitar termasuk perubahan iklim dalam aktiviti pertanian.
Yuran
Professional: RM30 | Pelajar: RM10

Siri Webinar 2
7 November 2023, 10 pagi – 11.30 pagi
11.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Atas talian: ZOOM
Inovasi dan Amalan Mampan dalam Pertanian
Penceramah: Dr Muhammad Safwan Ishak
Pembangunan dalam sektor pertanian merupakan satu alat yang berdaya saing untuk menamatkan kemiskinan, menggalakkan kesejahteraan bersama dan menyediakan makanan kepada seluruh penduduk dunia.
Amalan mampan dalam pertanian bergantung kepada keupayaan manusia untuk mewujudkan inovasi yang berdaya tahan bagi menghadapi cabaran dalam pengurusan pertanian seperti mengurangkan risiko pencemaran dan perubahan iklim.
Webinar ini akan mengupas lebih lanjut tentang:
• Penerangan mengenai pertanian mampan dan pengamalannya
• Memahami kepentingan Amalan Pertanian Baik (GAP);
• Keperluan inovasi dalam pertanian dan contoh terbaik beberapa inovasi dalam pertanian mampan;
• Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pertanian mampan.
Yuran
Professional: RM30 | Pelajar: RM10