Deraf SiA

Pengenalan ESG & Asas Kemampanan

Pengenalan Program

Kursus Asas Pengamalan Kemampanan: Pengenalan ESG dan Asas Kemampanan dibangunkan bagi peserta yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam ESG dan asas kemampanan.

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kapasiti pengetahuan tentang asas pembangunan mampan dan pengamalan kemampanan.

Modul-modul yang dibangunkan dan digarap mempunyai objektif untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang impak yang boleh dicetuskan oleh sesebuah organisasi atau perniagaan terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Peserta juga akan dibawa untuk mengenali rangka kerja kemampanan seperti SDG, ESG dan standard pelaporan kemampanan, seperti GRI.

Sasaran Peserta

Terbuka kepada individu dalam mana-mana bidang yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam ESG dan berminat untuk mengamalkan kemampanan dari peringkat individu, operasi dan korporat.

l

Kursus Atas Talian

  • Tarikh: 27 Mac 2024 (Rabu)
  • Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
  • Tempat: Atas talian melalui ZOOM
  • Kaedah Pembelajaran: Ceramah, Sesi Soal Jawab dan Kuiz Pemahaman
l

Kursus Fizikal

  • Tarikh: 6 Jun 2024 (Khamis)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Tempat: Le Grandeur Palm Resort, Johor
  • Kaedah Pembelajaran: Ceramah, Sesi Soal Jawab dan Kuiz Pemahaman

Keistimewaan Program

l

Sijil Penyertaan UTM-ISI

Peserta yang menyertai kursus ini akan menerima Sijil Penyertaan UTM-ISI.

l

Sijil Penyempurnaan Kursus Asas Pengamal Kemampanan

Peserta juga ditawarkan Sijil Penyempurnaan UTM-ISI bagi yang mengambil Ujian Kefahaman Kursus dan mendapat markah sekurang-kurangnya 70%.

l

Keahlian Percuma Program ISI-SDP

Peserta diberikan keahlian percuma untuk mengakses ruangan ahli.

Modul Pembelajaran

c

Modul 1: Mengenali Pembangunan Mampan

Pengenalan kepada ‘pembangunan mampan’, tunggak utamanya, dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Economy Social Governance (ESG), dan ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) dan keterkaitan dengan pembangunan mampan

c

Modul 2: Tanggungjawab Perniagaan terhadap Alam Sekitar

Menyelusuri impak perniagaan terhadap alam sekitar, mitigasi dan pengamalan perniagaan yang mampan menerusi pengurusan rantaian nilai (value chain).

c

Modul 3: Mengurus Pemegang Taruh & Impak Sosial

Mengenalpasti pelbagai jenis pemegang taruh dalam Perniagaan anda, dan bagaimana menguruskan perlindungan hak-hak pemegang taruh serta mewujudkan penglibatan

c

Modul 4: Kepentingan & Rangka Kerja Kemampanan untuk Organisasi

Mengekplorasi apa yang memandu perniagaan untuk mengamalkan kemampanan dalam operasi dan rangkakerja kemampanan sedia ada untuk pelaporan kemampanan bagi tujuan menyelaras strategi dan pengurusan, serta penilaian pencapaian kemampanan.

Penceramah

Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani

Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani

GRI Certified Sustainability Professional

Timbalan Pengarah II, ISI

Dr Muhamad Safwan Ishak

Dr Muhamad Safwan Ishak

Pakar Sains Alam Sekitar

Eksekutif Perniagaan Penyelidikan, ISI

Dr Jamilia Mohd Marsin

Dr Jamilia Mohd Marsin

GRI Certified Sustainability Professional

Ketua Unit Kemampanan, ISI

Prof. Madya Dr. Zuraidah Sulaiman

Prof. Madya Dr. Zuraidah Sulaiman

Pakar Pemasaran Hijau

Felo, Institut Sultan Iskandar

Jadual Kursus

Jadual Kursus Atas Talian

Tarikh : 27 Mac 2024, Rabu
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Melalui platform atas talian ZOOM

Jadual Kursus Secara Fizikal

Tarikh : 6 Jun 2024, Khamis
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Le Grandeur Palm Resort, Johor