Eksplorasi Kemampanan

Edisi Cuti Sekolah – 19 Februari 2024

MARI BELAJAR 

  • Kenali apakah dia Pembangunan Mampan
  • Plastik dan Kehidupan
  • Gaya Hidup Sifar Sisa

SESI INTERAKTIF

  • Permainan
  • Kuiz
  • Pembinaan Arca
  • Jejak Karbon

PENGENALAN

Eksplorasi Kemampanan – Edisi Cuti Sekolah merupakan program anjuran Institut Sultan Iskandar yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan, dan memahami perspektif Matlamat Pembangunan Mampan melalui pembelajaran di luar bilik darjah.

Pelajar akan didedahkan dalam suasana santai dan interaktif dalam menyelami dan memahami perspektif Matlamat Pembangunan Mampan. Pelbagai aktiviti menarik seperti permainan berkumpulan, dam ular, kuiz dan pembinaan arca disediakan supaya pelajar belajar secara santai dan menyeronokkan. 

Di akhir program, pelajar akan dapat memahami kepentingan matlamat pembangunan mampan seperti kepentingan menjaga alam sekitar dan menilai aktiviti sosio ekonomi demi kesejahteraan komuniti pada masa kini supaya boleh dikongsi dengan generasi akan datang. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kreativiti melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini. 

Makluman Penting

  • Program ini tidak melibatkan pihak sekolah
  • Program ini tidak direkodkan dalam PAJSK sekolah.
  • Pengangkutan ke lokasi program atas tanggungjawab ibu bapa dan penjaga

KELEBIHAN PROGRAM

  • Peserta diberi pendedahan tentang amalan kemampanan serta Agenda 2030: Matlamat Pembangunan Mampan secara amnya
  • Istimewanya, modul kami diterjemah melalui aktiviti menarik dan interaktif seperti Permainan Dam Ular dan Tangga Amalan Kemampan dan suntikan inovasi melalui aktiviti pembinaan arca dari bahan terpakai
  • Sesi refleksi diadakan bagi membolehkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, serta melatih kemahiran berkomunikasi melalui semasa menyertai program ini
  • Peserta akan menerima kit pendaftaran, modul dan sijil penyertaan serta makanan juga turut disediakan. 

MODUL PROGRAM

MODUL 1

Kenali Pembangunan Mampan

AKTIVITI 1

  • Apakah 17 SDGs
  • Permainan Dam Ular Lestari

MODUL 2

Jelajah Kampus UTM

AKTIVITI 2

  • Peserta di bawa melawat beberapa tempat menarik di UTM

MODUL 3

Gaya Hidup Sifar

AKTIVITI 3

  • Pembinaan Arca dari Bahan Terpakai

MODUL 4

Segmen Refleksi

AKTIVITI 4

  • Tinggalkan cap jari bukan jejak karbon

Tarikh & Masa

19 Februari 2024

8.00 pagi – 5.00 petang

Dewan Sultan Iskandar

PESERTA

Pelajar berumur 10-15 tahun

Yuran penyertaan

RM80/peserta

Pertanyaan

WhatsApp +6017-3116146

Emel: info@susdep.com